Skip to main content

Iklan

Iklan

Teknologi

Sentosa jadi tapak uji huraian guna teknologi 5G Pemerintah

Pulau Sentosa kini adalah tapak ujian terbaru dan terbesar negara bagi huraian-huraian 5G.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Oct 2021 04:00PM Dikemas Kini : 19 Oct 2021 08:59PM

SINGAPURA: Pulau Sentosa kini adalah tapak ujian terbaru dan terbesar negara bagi huraian-huraian 5G.

Ia akan menjalankan satu siri ujian agensi-agensi awam dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ini sedang Singapura bersiap sedia melancarkan rangkaian 5G pada 2025.

10 huraian sektor awam sedang diuji cuba di Sentosa, antaranya mesin sapu yang menggunakan 5G.

Ia dikendalikan seorang pemandu yang berada di pejabat beberapa ratus meter dari mesin diletakkan.

Namun, beliau mampu melihat dan memberikan respons kepada keadaan jalan raya dalam masa nyata, menggunakan rangkaian 5G, yang lebih pantas dan mempunyai kadar jalur lebar lebih tinggi berbanding 4G.

Bagaimanapun sebagai langkah berjaga-jaga, seorang pemandu keselamatan berada dalam mesin sapu buat masa sekarang.

Yang lain termasuk robot automatik yang boleh digunakan untuk memeriksa tapak binaan serta teknologi maya campuran di mana model digital digunakan untuk membimbing kerja-kerja pemasangan.

Pengalaman realiti tambahan juga akan dirintis di sekitar Fort Siloso.

Projek 5G @ Sentosa itu dipimpin bersama Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech), Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) dan Singtel.

"Kami akan melabur dalam rangkaian 5G sahaja kerana kami percaya ia akan memperkasa rakyat dan perniagaan kita dengan lebih banyak kemampuan untuk merubah secara inovatif dan digital," kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Josephine Teo.

"Ia akan melakarkan asas lebih kukuh untuk membina masa depan dengan realiti tambahan, realiti maya, kenderaan automatik, dron dan inovasi lain yang hanya boleh tercapai dengan rangkaian 5G saja yang meluas."

Sasarannya adalah untuk mempunyai sekurang-kurangnya 30 ujian di Sentosa menjelang separuh pertama 2023.

Ujian-ujian itu akan berlangsung sehingga Ogos 2023.

Tapak ujian itu dan tiga lagi di bawah Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) juga akan dibuka kepada semua perniagaan yang mahu membangunkan, mengamalkan dan memasarkan huraian 5G.

Sumber : CNA/RU/SS/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan