Penyelidik Korea Selatan cipta 'beras perisa daging'
Dengan menggunakan partikel bijirin sebagai asas, penyelidik di Universiti Yonsei menghasilkan inovasi yang mengubahnya menjadi produk hibrid dengan rasa seolah-olah seperti rasa daging.
Nasi berperisa daging ini dihasilkan oleh saintis di Universiti Yonsei di Seoul. Ia merupakan inovasi terbaru unutk menghasilakan makanan di makmal. (Gambar: Universiti Yonsei)
SEOUL: Penyelidik di Korea Selatan telah berjaya menumbuhkan sel daging lembu dalam bijirin padi, yang menurut mereka boleh menjadi sumber protein alternatif yang mampan yang boleh menggantikan ternakan lembu untuk daging.
Dengan menggunakan partikel bijirin sebagai asas, inovasi itu mengubahnya menjadi produk hibrid yang mencipta rasa seolah-olah seperti rasa daging.
Profesor Jinkee Hong dari Universiti Yonsei di Seoul berkata: "Biji beras yang anda lihat kini mempunyai kedua-dua sel otot dan lemak di seluruh permukaan dan dalamnya, sekali gus membuka jalan kepada pembangunan sumber makanan masa hadapan."
Tambahnya, "beras daging lembu" itu adalah yang pertama seumpamanya menggunakan zarah bijirin sebagai asas untuk menghasilkan otot haiwan dan sel lemak.
Begini cara ia berfungsi.
Bijirin beras dirawat terlebih dahulu dengan enzim untuk mewujudkan persekitaran yang optimum untuk pertumbuhan sel.
Ia kemudian disebatikan dengan sel lembu.
Hasilnya ialah beras hibrid merah jambu yang mengandungi lebih kurang 8 peratus lebih protein dan 7 peratus lebih lemak daripada beras biasa.
"Selepas dimasak nasinya lembut.Selain rasa daging lembu dan kemudian diikuti dengan rasa protein berasaskan tumbuhan, terdapat juga rasa lemak mentega. "
Pasukan Yonsei bukanlah yang pertama mencuba produk daging dihasilkan di makmal.
Syarikat di seluruh dunia telah melancarkan daging dihasilkan di makmal.
Tetapi pasukan Profesor Hong berkata beras yang dihasilkannya adalah unik kerana mementingkan risiko alahan dalam memupuk sel haiwan berbanding soya atau kacang,
Berharga kira-kira AS$2 (S$2.67) sekilogram dan jejak karbon yang jauh lebih kecil, Profesor Hong berkata `nasi daging lembu yang dihasilkan di makmal itu berpotensi bersaing dengan produk daging lembu tradisional.
Namun tambahnya, tetap ada cabaran bukan sahaja dari sudut teknikal tetapi juga untuk mendapatkan rasa dan tekstur yang betul.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.