Skip to main content

Teknologi

Google akan mematikan ciri kecerdasan buatan (AI) bagi akaun murid sekolah secara automatik, dengan pihak pentadbir sekolah diberi kuasa untuk mengaktifkannya semula.

Google akan mematikan ciri kecerdasan buatan (AI) secara automatik bagi akaun murid sekolah, menyusuli kritikan terhadap usaha syarikat itu memperluas penggunaan teknologi berkenaan ketika sekolah-sekolah masih meneliti kesannya terhadap pembelajaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Google akan mematikan ciri kecerdasan buatan (AI) bagi akaun murid sekolah secara automatik, dengan pihak pentadbir sekolah diberi kuasa untuk mengaktifkannya semula.

Logo Google dirakam semasa Sidang Puncak AI Antarabangsa di Dublin, Ireland, pada 14 Oktober 2026. (Gambar fail: AFP/Paul Faith)

Diterbitkan : 05 Nov 2026 08:04AM
Google will automatically turn off artificial intelligence (AI) features for school student accounts, with school administrators authorised to reactivate them.
  • Google announced on Nov 3 that Gemini, Gemini Notebook, Gemini in Classroom and Search features would be turned off by default for K-12 student accounts until school administrators activate them; the global rollout will begin in the United States, but no date has been set.
  • The move follows concerns that AI could become a shortcut for completing assignments, after Gemini Classroom was opened to all age groups in August with study aids, quizzes and flashcards.
  • Schools that restrict AI also cannot offer Google Search without AI features, as search and AI functions are now integrated; Zohran Mamdani criticised Google’s influence on education.
  • New York and Los Angeles planned restrictions in September; Los Angeles is assessing their impact and said AI could help learning if introduced carefully, with privacy protected and in a way that supports rather than replaces teachers.
Dijana oleh AI

SAN FRANCISCO: Google akan mematikan ciri kecerdasan buatan (AI) secara automatik bagi akaun murid sekolah, menyusuli kritikan terhadap usaha syarikat itu memperluas penggunaan teknologi berkenaan ketika sekolah-sekolah masih meneliti kesannya terhadap pembelajaran.

Menurut pengumuman Google pada Selasa (3 Nov), ciri Gemini, Gemini Notebook, Gemini dalam Google Classroom serta Google Search akan dimatikan bagi akaun murid dari peringkat tadika hingga Gred 12 (K-12), sehingga pihak pentadbir sekolah memilih untuk mengaktifkannya.

Google memaklumkan kepada AFP bahawa perubahan itu akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh dunia, bermula di Amerika Syarikat, namun tarikh pelaksanaannya belum ditetapkan.

Google mempunyai pengaruh besar dalam sektor pendidikan Amerika Syarikat menerusi aplikasi seperti Gmail, Google Docs dan Google Classroom, selain komputer riba Chromebook yang digunakan secara meluas di sekolah-sekolah.

Lebih 150 juta pelajar di seluruh dunia menggunakan Google Classroom, berdasarkan surat yang dihantar dua anggota Senat Amerika kepada syarikat itu bulan lalu.

SEKOLAH TIDAK BOLEH GUNAKAN GOOGLE SEARCH TANPA CIRI AI

Di bawah perubahan tersebut, sekolah yang memilih untuk menyekat penggunaan AI juga tidak dapat menyediakan akses kepada Google Search tanpa ciri AI.

Naib Presiden Pendidikan Google, Chris Phillips, berkata kepada The New York Times bahawa fungsi carian dan AI kini saling bersepadu dalam enjin carian syarikat itu.

Ini bermakna murid di sekolah yang menyekat AI tidak akan dapat menggunakan Google Search menerusi akaun sekolah mereka, sebaliknya akan menerima mesej yang memaklumkan bahawa perkhidmatan itu tidak tersedia.

Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, menuduh Google menggunakan kedudukan dominannya untuk memaksa penggunaan AI di sekolah awam.

Beliau menegaskan bahawa tiada syarikat sepatutnya mempunyai kuasa untuk menentukan cara kanak-kanak dididik.

KEBIMBANGAN AI DIJADIKAN JALAN PINTAS SIAPKAN TUGASAN

Pada Ogos lalu, Google membuka akses kepada chatbot Gemini dalam Google Classroom kepada pelajar semua peringkat umur.

Ciri tersebut menyediakan bantuan pembelajaran, panduan ulang kaji, kuiz latihan dan kad imbas berdasarkan bahan pembelajaran serta tugasan murid.

Bagi sekolah yang sudah mengaktifkan Gemini, ciri berkenaan turut diaktifkan secara automatik untuk para pelajar.

Bagaimanapun, langkah itu mencetuskan kebimbangan bahawa murid mungkin menggunakan AI sebagai jalan pintas untuk menyiapkan tugasan sekolah.

New York dan Los Angeles masing-masing mengumumkan rancangan pada September lalu untuk mengehadkan akses kepada alat AI menerusi peranti sekolah.

Jurucakap Daerah Sekolah Bersepadu Los Angeles berkata pihaknya sedang meneliti pengumuman Google serta kemungkinan kesannya terhadap sekolah, guru dan murid.

Beliau menambah bahawa AI berpotensi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran sekiranya diperkenalkan dengan teliti serta disertai langkah perlindungan yang jelas.

Daerah itu turut menekankan bahawa teknologi seharusnya menyokong, bukan menggantikan peranan guru, di samping melindungi privasi pelajar.

Google pula mempertahankan perubahan tersebut dengan menegaskan bahawa langkah itu memberikan lebih banyak pilihan kepada sekolah.

Syarikat itu mengakui kebimbangan mengenai murid yang menggunakan AI sebagai jalan pintas untuk menyiapkan tugasan, sambil menegaskan bahawa pihak sekolah mahu mempunyai kawalan terhadap penggunaan teknologi tersebut.

Sumber : AFP/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita