Skip to main content

Teknologi

China berjaya lancarkan 6 satelit ke angkasa guna roket berkuasa metana

Anggaran Waktu Membaca:
China berjaya lancarkan 6 satelit ke angkasa guna roket berkuasa metana

Roket Zhuque-2E Y2 berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan untuk melancarkan enam satelit ke angkasa. (Gambar: REUTERS)

BEIJING: Roket berkuasa metana baharu yang dibangunkan oleh syarikat LandSpace Teknology yang berpangkalan di China, melancarkan enam satelit ke angkasa pada Sabtu (18 Mei).

Ini sedang syarikat pemula swasta itu menggunakan lebih banyak bahan api yang murah dan bersih yang diharapkan dapat membantu dalam pembangunan roket yang boleh digunakan semula.

Roket pengangkut Zhuque-2E Y2 berlepas pada pukul 12.12 tengah hari (4.12 GMT) dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China, menandakan penerbangan kelima Zhuque-2, menurut kenyataan syarikat tersebut.

LandSpace, yang berpangkalan di Beijing, menjadi syarikat pertama di dunia yang melancarkan roket oksigen cecair metana pada Julai 2023, mendahului pesaingnya dari Amerika Syarikat seperti SpaceX dan Blue Origin.

Kini terdapat permintaan yang semakin meningkat bagi penggunaan metana sebagai bahan api roket, yang kurang mencemarkan, lebih selamat, lebih murah, dan lebih sesuai untuk digunakan semula berbanding bahan api hidrokarbon tradisional.

LandSpace telah meluaskan muatan roket, seiring dengan permintaan industri angkasa lepas komersial China yang berkembang dan persaingan yang semakin sengit untuk membina satelit sebagai alternatif kepada Starlink.

Roket boleh guna semula, yang dirintis SpaceX, boleh mengurangkan kos pelancaran.

Pengasas LandSpace Zhang Changwu berkata syarikat itu sudah mula membangunkannya dan telah merancang ujian pelancaran roket itu pada hujung tahun 2025.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita