Skip to main content

Teknologi

Apple diarah henti jual beberapa versi iPhone di China

Mahkamah China mengarahkan syarikat Apple supaya berhenti menjual beberapa versi telefon bijak iPhone.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Dec 2018 06:39PM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 09:45PM

SHANGHAI: Mahkamah China mengarahkan syarikat Apple supaya berhenti menjual beberapa versi telefon bijak iPhone.

Arahan itu dikeluarkan selepas syarikat teknologi tersebut didapati melanggar dua paten milik syarikat pengeluar cip, Qualcomm. Namun, Apple memaklumkan bahawa semua model telefon bijaknya masih dijual di pasaran China.

Para peguam pula mengatakan bahawa tindakan penguatkuasaan tidak mungkin dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Perintah mahkamah itu turut menjejas iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS versi lama.

Bagaimanapun, masih belum jelas bagaimana perintah itu akan menjejas telefon bijak yang dilengkapi dengan sistem operasi iOS Apple yang baru, buat masa ini.

Apple menyatakan bahawa ia sudah memfailkan permohonan supaya mahkamah menimbangkan semula keputusan tersebut. Proses rayuan itu dijangka akan mengambil masa yang panjang di mana kes mungkin dibicarakan di Mahkamah Tinggi negara itu.

Langkah tersebut dianggap sebagai satu lagi isu yang mengeruhkan lagi hubungan antara Amerika Syarikat dengan China. 

Sumber : AFP/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita