Skip to main content

Iklan

Iklan

Teknologi

Aplikasi 'Terawhere' (Terawih Where?) dicipta untuk hantar anda ke tempat terawih secara percuma!

Perkhidmatan terbitan belia Melayu/Islam tempatan khusus untuk menumpangkan anda ke tempat terawih semasa bulan Ramadan nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
Aplikasi 'Terawhere' (Terawih Where?) dicipta untuk hantar anda ke tempat terawih secara percuma!

Gambar utama lelaman Terawhere (Gambar: Lemaman Terawhere)

SINGAPURA: Anda sudah mendengar khidmat Uber, Grab dan Schoolber. Ini satu lagi perkhidmatan, tetapi khusus untuk menumpangkan anda ke tempat terawih semasa bulan Ramadan nanti. Ia dipanggil Terawhere. Iaitu kependekan bagi 'Terawih Where' atau Terawih di Mana?

Aplikasi atau Apps bagi Terawhere ini sedang dibangunkan sekumpulan belia Melayu/Islam tempatan.

Menjawab pertanyaan BERITAMediacorp, mereka menjangkakan akan menyiapkannya sekitar seminggu sebelum Ramadan ini. Jika menjadi kenyataan dan dilancarkan, ini dijangka menjadi satu lagi rutin baru dan perubahan menarik dalam kegiatan terawih masyarakat muslim tempatan.

Bagaimana Apps ini berfungsi? Begini: Ia akan membolehkan pengguna mencari dan menumpang kenderaan berhampiran yang ingin ke masjid atau ke lokasi solat terawih yang sama.

Ada satu lagi ciri - ianya percuma! Gratis! Tiada bayaran! Tidak seperti khidmat Uber, Grab atau Schoolber yang merupakan khidmat berbayar.

APA LAGI YANG DIJANJIKAN TERAWHERE?

Walaupun belum mempunyai tarikh pelancaran, Terawhere ternyata diterima baik oleh para netizen.

Belum pun 48 jam selepas ditubuhkan, Facebook Terawhere sudahpun menerima lebih 1,000 'likes'.

Catatan pertama yang mengumumkan nama aplikasinya sahaja menerima 540 perkongsian dan lebih 260 reaksi setakat ini (5 Mei).

Tag along with your neighbours to Terawih.App launching near Ramadhan, insyaallah. More info at terawhere.com. ...

Posted by Terawhere on  Monday, 1 May 2017
 

Mungkin kejayaan mereka menarik sambutan positif ini terletak pada nilai yang dijanjikan para pencipta aplikasi ini:

  • PERMUDAH PERJALANAN - dengan menumpang kenderaan yang jalan sehala
  • TIBA TEPAT PADA MASA - ke tempat sembahyang tanpa tergopoh-gapah berbuka puasa
  • KETEMU RAKAN BARU - sambil mengenali warga sesama Islam dalam perjalanan
  • PERCUMA - boleh didapati di iOS dan Android

(Gambar: Lelaman Terawhere)

Selain faktor percuma, mungkin antara tarikan khidmat ini ialah ia berkonsepkan 'amal jariah', iaitu berbuat baik sempena bulan Ramadan. Bagi sebahagian orang, ini mungkin cara untuk mencari pahala.

Di pihak lain, amalan berkongsi kenderaan ini juga boleh disifatkan sebagai suatu yang mesra alam dan tidak membazir. Semestinya sesuatu yang digalakkan dalam masyarakat.

Yang pasti, orang-orang di sebalik Terawhere berasa teruja dengan sambutan dan galakan yang diberikan warga siber tempatan sejauh ini.

SIAPA TENAGA KERJA YANG BANGUNKAN TERAWHERE?

Terawhere sedang dibangunkan oleh sekumpulan 15 orang dengan pelbagai kemahiran teknologi, yang menggelarkan diri mereka MSociety.

Demikian menurut Tengku Muhd Hafidzuddin Tengku Ibrahim, pengasas bersama kumpulan MSociety, semasa dihubungi BERITAMediacorp.

Tengku Hafidz, 24 tahun, adalah pelajar tahun kedua di Universiti Nasional Singapura (NUS), bersama-sama rakan-rakannya, mengasaskan MSociety awal tahun ini.

Antara ahli kumpulan di sebalik Terawhere (Gambar ihsan: Tengku Hafidzuddin)

Tengku Hafidz(paling hadapan) bersama sebahagian pasukan di sebalik Terawhere (Gambar ihsan: Tengku Hafidz)

Kumpulan yang terdiri daripada belia Melayu/Islam yang sudah bekerja mahupun masih menuntut, bertemu buat pertama kalinya pada Januari tahun ini.

Tujuan mereka adalah untuk pertingkatkan kemahiran dalam pembinaan sofwe dan aplikasi, serta membangunkan aplikasi yang bermanfaat untuk masyarakat.

Tengku Hafidz mendedahkan kepada BERITAMediacorp lagi, bahawa aplikasi Terawhere sebenarnya dirancang sebagai sebuah 'proof-of-concept' atau projek perintis membuktikan sesuatu idea.

Jika berjaya, MSociety bercadang untuk melanjutkan khidmat tersebut untuk merangkumi perjalanan ke masjid-masjid serta syarahan-syarahan agama.

Kini, Terawhere sudah dihebahkan. Kata orang Melayu, pahat sudah berbunyi.

Masyarakat Melayu/Islam umum sudahpun menaruh harapan bahawa apps Terawhere ini akan menjadi satu 'gangguan teknologi', yang ironinya, bertujuan memudahkan urusan keagamaan mereka.

Apakah Terawhere dan MSociety akan mengecewakan atau merangsang? Jawapannya akan kita sama-sama ketahui menjelang Ramadan nanti.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa