Skip to main content

Taman tema utama Ocean Park buka semula pintunya

Salah satu taman tema utama di Hong Kong, Ocean Park membuka semula pintunya pagi tadi (13 Jun) selepas ditutup selama lima bulan akibat penularan COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
Taman tema utama Ocean Park buka semula pintunya

(Gambar: Ocean Park Hong Kong/Facebook)

Diterbitkan : 13 Jun 2020 09:20PM Dikemas Kini : 13 Jun 2020 09:27PM

HONG KONG: Salah satu taman tema utama di Hong Kong, Ocean Park membuka semula pintunya pagi tadi (13 Jun) selepas ditutup selama lima bulan akibat penularan COVID-19.

Namun, taman itu hanya akan beroperasi dengan kapasiti 25% sahaja buat sekurang-kurangnya dua minggu.

Peraturan memakai pelitup juga diwajibkan.

Taman yang menampilkan tarikan-tarikan bertemakan haiwan dan alam semula jadi sudah menjadi salah satu ikon Hong Kong sejak dibuka 43 tahun lalu.

Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menjadi semakin sukar untuk menjana keuntungan disebabkan persaingan dari wilayah Guangdong dan lain-lain kawasan Asia.

Hong Kong juga turut terjejas dengan bantahan-bantahan.

Namun ia kini bersedia untuk meneruskan operasi setelah pihak berkuasa wilayah itu meluluskan bantuan hampir AS$700 juta (S$975 juta).

Buat masa ini, ia akan cuba meraih semula keuntungan atau menghadapi kemungkinan akan ditutup semula sekiranya kekurangan dana.  

Sumber : Agensi berita/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita