Sydney gugurkan perintah berkurung minggu depan selepas kadar vaksinasi cecah 70%
Sekatan-sekatan COVID-19 akan dilonggarkan di Sydney mulai Isnin (11 Okt), menurut pihak berkuasa.

Gambar: REUTERS
SYDNEY: Sekatan-sekatan COVID-19 akan dilonggarkan di Sydney mulai Isnin (11 Okt), menurut pihak berkuasa.
Ini sedang bandar terbesar di Australia itu bersiap sedia untuk melangkah keluar daripada perintah berkurung selama hampir empat bulan selepas mencapai sasaran 70 peratus penduduknya lengkap divaksin.
Mereka yang lengkap divaksin di wilayah New South Wales boleh keluar rumah bagi apa saja urusan termasuk melanggani pub, kedai runcit, panggung wayang dan gim, yang akan dibuka semula di bawah peraturan penjarakan sosial yang ketat.
Bilangan pengunjung lengkap divaksin yang dibenarkan di sesebuah rumah akan dinaikkan seganda kepada 10 orang manakala had pengunjung yang divaksin sepenuhnya di majlis perkahwinan dan upacara persemadian akan dinaikkan kepada 100.
Wilayah itu memanfaatkan sistem pasport vaksinasi untuk memastikan mereka yang belum lengkap divaksin perlu terus mematuhi perintah duduk di rumah sehingga 1 Disember.
"Vaksinasi adalah kunci kepada kebebasan kita dan pengorbanan serta usaha para penduduk merata New South Wales telah memastikan kita boleh membuka semula secepat mungkin dan dengan selamat," kata Ketua Menteri Dominic Perrottet kepada para wartawan di Sydney pada Khamis (7 Okt).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.