Skip to main content

Sultan Johor bayar zakat RM5 juta, wakafkan tanah

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin (20 Mei) membayar zakat untuk 2019 dengan jumlah sebanyak RM5 juta (S$1.6 juta), menurut laporan Malaysiakini.

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Johor bayar zakat RM5 juta, wakafkan tanah

Cek pembayaran zakat diserahkan oleh Sultan Johor kepada Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Nooh Gadot serta disaksikan oleh Mufti Johor, Yahya Ahmad. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 21 May 2019 09:17AM Dikemas Kini : 21 May 2019 09:22AM

JOHOR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin (20 Mei) membayar zakat untuk 2019 dengan jumlah sebanyak RM5 juta (S$1.6 juta), menurut laporan Malaysiakini.

Majlis penyerahan zakat tersebut, menurut Malaysiakini, disempurnakan dalam satu acara ringkas di Istana Pelangi, Johor Bahru.

Malaysiakini melaporkan, menurut kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi Sultan Johor, beliau menyampaikan cek pembayaran zakat kepada Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Nooh Gadot. Ia turut disaksikan Mufti Johor, Yahya Ahmad, lapor Malaysiakini.

Di majlis yang sama, menurut kenyataan yang dikeluarkan, Sultan Ibrahim turut menyumbang tanah seluas lebih 1,000 meter persegi sebagai wakaf beliau. Tanah berkenaan, menurut kenyataan itu, terletak di Mersing.

"Sultan Johor turut berkenan mewakafkan tanah seluas 1,024.487 meter persegi bagi tujuan wakaf surau dan kebajikan agama Islam di Mukim Jemaluang, Mersing," menurut kenyataan tersebut.

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita