Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Zelensky bantah penyertaan atlit Rusia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky memberitahu rakan sejawatannya dari Perancis, Emmanuel Macron pada Selasa (24 Jan) bahawa beliau membantah penyertaan atlit Rusia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Anggaran Waktu Membaca:
Zelensky bantah penyertaan atlit Rusia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris

(Gambar: STR/Ukrainian Presidential Press Service/AFP)

BERLIN: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky memberitahu rakan sejawatannya dari Perancis, Emmanuel Macron pada Selasa (24 Jan) bahawa beliau membantah penyertaan atlit Rusia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

"Kami membincangkan langkah-langkah diplomatik untuk menamatkan perang. Saya menegaskan bahawa atlit dari RF (Persekutuan Rusia) sepatutnya tidak mendapat tempat di Paris 2024," kata Encik Zelensky dalam catatan Twitter selepas membuat panggilan telefon dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Pada Disember lalu, Encik Zelensky meminta presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach supaya mengenakan larangan kekal terhadap atlit Rusia daripada pertandingan antarabangsa.

Sidang kemuncak Olimpik pada 9 Disember lalu membuka pintu untuk atlit Rusia dan Belarus kembali bertanding di peringkat antarabangsa walaupun Rusia menceroboh Ukraine.

Para peserta mengundi sebulat suara untuk mempertimbang permintaan badan induk Asia OCA untuk membenarkan atlit dari kedua-dua negara itu menyertai pertandingan anjurannya di bawah bendera neutral dan tanpa memainkan lagu kebangsaan.

Kenyataan itu menyebut syarat untuk penyertaan Rusia dan Belarusia termasuk menghormati Piagam Olimpik dan sekatan yang meliputi larangan menggunakan bendera, lagu, warna atau sebarang pengenalan lain Rusia dan Belarus pada acara sukan.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan