Yip Pin Xiu raih emas dalam acara 50m kuak lentang S2 di Kejohanan Dunia Para Renang 2025
Bintang renang Yip Pin Xiu meraih pingat emas pertama Singapura di Kejohanan Dunia Para Renang 2025 pada Jumaat (26 Sep), selepas memenangi acara 50 meter kuak lentang S2.
Perenang Singapura, Yip Pin Xiu. (Gambar fail: SNPC/Dyan Tjhia)
Juara bertahan itu mencatat masa 1:04.31 untuk menamatkan perlumbaan di hadapan Diana Koltsova dan Arjola Trimi di Pusat Akuatik OCBC. Ini merupakan pingat emas keempat berturut-turutnya dalam acara tersebut di kejohanan itu.
Perenang Singapura itu mendahului perlumbaan saringan pada waktu pagi.
Yip kini memegang rekod dunia dan kejohanan dalam acara 100 meter dan 50 meter kuak lentang S2.
Beliau juga merupakan juara tiga kali Paralimpik bagi setiap acara itu, selepas memenanginya pada Sukan Paralimpik 2016, 2020 dan 2024.
Terdahulu, dalam kejohanan yang sama, Yip meraih pingat perak dalam acara 10 meter kuak lentang S2.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.