Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Yip Pin Xiu menang pingat emas keduanya di Kejohanan Renang Para Dunia 2019

Perenang negara, Yip Pin Xiu meraih pingat emas beliau yang kedua dalam acara 50 meter kuak lentang S2 di Kejohanan Renang Para Dunia 2019 pada Jumaat (13 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Yip Pin Xiu menang pingat emas keduanya di Kejohanan Renang Para Dunia 2019

(Gambar: Marc Morris/SportsNewsAgency)

Diterbitkan : 14 Sep 2019 08:23AM Dikemas Kini : 14 Sep 2019 08:24AM

SINGAPURA: Perenang negara, Yip Pin Xiu meraih pingat emas beliau yang kedua dalam acara 50 meter kuak lentang S2 di Kejohanan Renang Para Dunia 2019 pada Jumaat (13 Sep).

Yip menamatkan perlumbaan itu di London 9 saat lebih pantas daripada perenang di tempat kedua, Angela Procida dari Italy, menurut Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (14 Sep).

Beliau mencatatkan masa 1 minit dan 4.43 saat, hanya 0.25 saat di belakang masa terbaik yang dicatatkannya musim ini. Procida menamatkan perlumbaan pada 1 minit dan 13.98 saat, manakala Aly Van Wyck-Smart dari Kanada meraih tempat ketiga dengan masa 1 minit dan 17.76 saat.

Pada Rabu lalu, Yip merangkul pingat emas Singapura yang pertama di kejohanan tersebut, menerusi acara 100 meter kuak lentang S2.

"Saya amat gembira. Menjadi seorang juara dunia dua kali membuat saya amat gembira. Sudah sembilan tahun sejak saya memegang gelaran Juara Dunia, oleh itu ia merupakan satu bonus (untuk ke sini dan meraih dua pingat). Semalam adalah hari untuk saya berehat tetapi hari ini saya melakukan senaman regang dan cuba pulih sepenuhnya dan sebetulnya, hanya berlumba," kata Yip tentang kemenangannya.

Yip yang merupakan pemenang pingat emas sebanyak tiga kali di kejohanan Paralimpik, memegang rekod dunia bagi acara 50 meter kuak lentang S2 dan 100 meter kuak lentang S2. Beliau juga memenangi pingat emas di acara 50 meter kuak lentang S4 Wanita (1-4) di Sukan Para Asia tahun lalu.

Atlet-atlet lain seperti Sophie Soon Jin Wen dan Toh Wei Soong akan mewakili Singapura di Kejohanan Renang Para Dunia 2019 hari ini. Soon akan bertanding dalam acara 100 meter gaya kupu-kupu S13, manakala Toh, dalam acara keempatnya di kejohanan itu akan bertanding dalam acara 100 meter gaya bebas S7.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan