Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Yeo Jia Min menang gangsa dalam badminton perseorangan bagi S'pura di Sukan Komanwel

Pemain nombor 19 dunia Yeo menewaskan pemain nombor 17 dunia Kirsty Gilmour dari Scotland 21-14, 22-20.

Anggaran Waktu Membaca:
Yeo Jia Min menang gangsa dalam badminton perseorangan bagi S'pura di Sukan Komanwel

Yeo Jia Min meraikan kemenangannya. (Gambar: Andy Chua/Commonwealth Games Singapore)

SINGAPURA: Yeo Jia Min memenangi pingat gangsa bagi Singapura dalam perlawanan perseorangan wanita di Sukan Komanwel 2022 pada Ahad (7 Ogos waktu tempatan) selepas berjaya mengalahkan Kirsty Gilmour dari Scotland dalam pertarungan hebat.

Di Pusat Pameran Kebangsaan di Birmingham, pemain nombor 19 dunia Yeo menewaskan pemain nombor 17 dunia Gilmour 21-14, 22-20.

Pingat gangsa yang dirangkul pemain badminton 23 tahun itu adalah pingat pertama Singapura dalam acara tersebut sejak 2002.

Pada edisi Sukan tersebut ketika itu, Li Li menang pingat emas bagi Singapura.

Awal hari Ahad (7 Ogos), Yeo menentang pemain nombor 7 dunia PV Sindhu tetapi kalah 19-21, 17-21 di peringkat separuh akhir.

Dalam perlawanan pingat gangsa perseorangan lelaki, rakan seperjuangan Yeo, Jason Teh, gagal meraih pingat selepas ditumpaskan 15-21, 18-21 oleh pemain nombor 13 dunia Srikanth Kidambi dari India.

Pemain Singapura dilihat mengalami kecederaan dalam perlawanan kedua tetapi masih tetap memberi persaingan hebat kepada pihak lawan.

Pemain nombor 87 dunia Teh berdepan dengan Lakshya Sen dari India semasa peringkat separuh akhir. Teh kemudian kalah di tangan pemain nombor 10 dunia itu 10-21,21-18,16-21.

Wakil-wakil terakhir Singapura bagi badminton di Sukan itu adalah beregu campuran Jessica Tan dan Terry Hee, yang mengalahkan pasangan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing dari Malaysia pada Ahad.

Tan dan Hee, yang berada di kedudukan ke-35 dunia akan berdepan dengan Marcus Ellis dan Lauren Smith dalam dari England di peringkat akhir pada Isnin. Ellis dan Smith adalah pemain nombor 10 dunia.

Anda boleh ikuti acara-acara Sukan Komanwel secara langsung di meWATCH atau sedutannya melalui saluran Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan