Skip to main content

Sukan

Yayasan Olimpik SG terima derma S$500,000 dari Yayasan Lee Kim Tah

Anggaran Waktu Membaca:
Yayasan Olimpik SG terima derma S$500,000 dari Yayasan Lee Kim Tah

Dana itu dilancarkan pada 16 Julai 2025 di Arena Kejohanan Akuatik Dunia, disaksikan oleh Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) Grace Fu. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 16 Jul 2025 10:25PM Dikemas Kini : 16 Jul 2025 10:36PM
SINGAPURA: Yayasan Olimpik Singapura menerima derma sebanyak S$500,000 bagi membantu memajukan sukan kompetitif di Singapura.

Dana itu akan digunakan untuk menubuhkan tabung sukan yang pada peringkat awal akan memberi tumpuan kepada sukan renang.

Ia mungkin diperluaskan kepada sukan lain pada masa akan datang.

Dana itu disumbangkan oleh Yayasan Lee Kim Tah, sebuah yayasan kebajikan privet keluarga berkenaan.

Dana itu dilancarkan pada Rabu (16 Jul) di Arena Kejohanan Akuatik Dunia,disaksikan oleh Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) Grace Fu.

Singapore Aquatics menyatakan bahawa dana tersebut akan digunakan untuk biasiswa kejurulatihan untuk membantu jurulatih-jurulatihnya memperhalusi kemahiran mereka dalam persekitaran berprestasi tinggi.

Ketua Jurulatih Kebangsaan dan Pengarah Prestasi Singapore Aquatics Gary Tan berkata: "Masyarakat kejurulatihan kami adalah masyarakat yang sangat kecil. Kami juga kekurangan banyak jurulatih wanita.

"Jadi saya berharap ini akan menjadi peluang bagi kami untuk sebenarnya mengumpul dan membawa masuk lebih ramai jurulatih wanita, serta jurulatih dari kelab-kelab yang mempunyai minat yang mendalam untuk dapat menyertai pertandingan-pertandingan tahap tinggi dan bercita-cita untuk mempunyai perenang-perenang yang maju ke Sukan Olimpik, atau bahkan Sukan Asia Tenggara serta Sukan-sukan utama."
 
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita