Xavi Simons tinggalkan PSV, kembali bersama juara Perancis PSG
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Olaf Kraak)
BELANDA: Penyerang muda Belanda, Xavi Simons, memutuskan untuk meninggalkan PSV Eindhoven untuk kembali ke kelab lamanya, juara Ligue 1 Perancis Paris St Germain (PSG), umum kelab itu pada Ahad (16 Jul).
Bekas pemain akademi Barcelona itu menerima pinangan PSV dalam perjanjian lima tahun dari PSG tahun lalu berikutan tamat kontraknya.
Simons meninggalkan Sepanyol ke ibu kota Perancis pada 2019 sebelum membuat penampilan profesionalnya pada 2021 serta menjuarai Ligue 1 dan Coupe de France.
"Xavi Simons segera meninggalkan kem latihan untuk berpindah ke Paris St Germain," kata PSV dalam satu kenyatan.
Xavi Simons memulakan kerjaya profesionalnya bersama PSG pada musim 2020/2021. Dua musim berikutnya, bakat akademi PSG itu menerima pinangan PSV.
Simons membantu PSV menduduki tempat kedua di Liga Eredivisie, dan membuat 34 penampilan serta menjaringkan 19 gol.
Dia memenangi Piala KNVB, Perisai Johan Cruyff dan anugerah penjaring gol Eridivisie ketika bersama kelab itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.