Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Wiggins tidak akan bertanding dalam sukan mendayung Olimpik 2020

Juara lumba basikal Olimpik sebanyak lima kali, Bradley Wiggins kini membatalkan rancangan untuk mewakili Britain dalam acara mendayung di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Anggaran Waktu Membaca:
Wiggins tidak akan bertanding dalam sukan mendayung Olimpik 2020

Bradley Wiggins. (Gambar: Glyn Kirk/AFP)

Diterbitkan : 21 Sep 2018 11:22PM Dikemas Kini : 21 Sep 2018 11:27PM

LONDON: Juara lumba basikal Olimpik sebanyak lima kali, Bradley Wiggins kini membatalkan rancangan untuk mewakili Britain dalam acara mendayung di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Juara Tour de France 2012 itu bersara dari sukan lumba basikal pada Disember 2016 dan menimbangkan idea untuk bertanding dalam sukan mendayung. Beliau juga mengambil bahagian dalam Pertandingan Mendayung Tertutup Britain pada Disember lalu.

Atlit berusia 38 tahun itu memberitahu satu acara Eurosport: "Saya masih berlatih hampir setiap hari, tetapi saya sudah memutuskan saya tidak akan mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik kerana saya mempunyai terlalu banyak perkara lain yang perlu dilakukan.

"Saya perlu memberi diri saya masa untuk berehat, saya tidak mempunyai masa untuk berlatih tiga kali sehari, sehingga tahap yang saya mahu lakukan, ia adalah pekerjaan sepenuh masa. Terlalu banyak yang sedang berlaku."

Wiggins sebelum ini menimbangkan kemungkinan bertanding sebagai pendayung dalam Sukan Olimpik Tokyo, apabila beliau berusia 40 tahun. Bagaimanapun kekurangan pengalaman bermakna ia sentiasa menjadi prospek yang mencabar.

Beliau memenangi pingat emas Olimpik kelima di Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara berpasukan selepas kembali bertanding.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan