Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

West Ham juara Liga Persidangan Europa selepas benam Fiorentina 2-1

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: West Ham United menamatkan penantian panjang untuk menjulang kejuaraan kelab Eropah setelah menewaskan Fiorentina 2-1 dalam perlawanan akhir Liga Persidangan Europa di Eden Arena, awal pagi Khamis (8 Jun).

Jaringan minit ke-90 Jarrod Bowen memastikan pasukan dari London pimpinan David Moyes itu merangkul piala Eropah pertama dalam tempoh lebih setengah abad.

Perlawanan di Prague seolah-olah seperti menuju ke masa tambahan sebelum percubaan Bowen yang menyempurnakan sentuhan Lucas Paqueta menewaskan penjaga gawang Fiorentina, Pietro Terracciano.

West Ham terlebih dulu mendahului perlawanan hasil jaringan pada minit ke-62 Said Benrahma yang menyempurnakan tendangan penalti selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).

Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Giacomo Bonaventura kembali menyamakan kedudukan bagi kelab Serie A pimpinan Vincenzo Italiano selepas menewaskan penjaga gawang West Ham, Alphonse Areola.

Bowen menyifatkan jaringannya pada minit terakhir sebagai sesuatu yang sangat bermakna.

"Setiap perlawanan saya bermimpi untuk menjaringkan gol tetapi untuk menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir adalah sesuatu yang sangat hebat. Untuk melakukannya di hadapan para penyokong West Ham, saya hanya menangis dalam kegembiraan.

"Kami mempunyai impian, namun tidak mempunyai musim terbaik, termasuk saya sendiri, tetapi untuk memberikan para penyokong West Ham detik ini, saya sangat gembira.

"Tidak pernah rasa detik sebegini dalam hidup saya. Ini adalah perlawanan terbesar dalam kerjaya saya. Ya, cukup beremosi, sangat gembira umpama berada di atas bulan," kata Bowen.
Sumber : Reuters/AW/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan