Skip to main content

Sukan

West Ham didenda UEFA, penyokong diharamkan ke Vienna

West Ham mengesahkan bahawa pasukan itu dikenakan denda oleh Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan para penyokongnya tidak dibenarkan menghadiri perlawanan Liga Europa menentang Rapid Vienna, lapor Reuters.

Anggaran Waktu Membaca:
West Ham didenda UEFA, penyokong diharamkan ke Vienna

Gambar: AFP

Diterbitkan : 18 Nov 2021 04:34PM Dikemas Kini : 18 Nov 2021 04:38PM

LONDON: West Ham mengesahkan bahawa pasukan itu dikenakan denda oleh Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan para penyokongnya tidak dibenarkan menghadiri perlawanan Liga Europa menentang Rapid Vienna, lapor Reuters.

Ini selepas sebilangan penyokong kelab tersebut memasuki stadium tanpa tiket dan membuat kacau sewaktu berkunjung ke Genk bagi perlawanan Liga Europa pada 4 November lalu di mana perlawanan tersebut berakhir 2-2.

Badan Pengawalan, Etika dan Disiplin UEFA, menurut Reuters, mengenakan dua denda berjumlah keseluruhan €34,500 ke atas kelab berkenaan selepas didapati melanggar Artikel 162(2)(h) Undang-Undang Disiplin UEFA yang berkaitan dengan gangguan daripada penyokong dan Artikel 16(2)(b) berhubung objek yang dilemparkan ke arah penyokong pasukan pelawat.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita