Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Watford tarik nafas lega selepas tewaskan Bournemouth

 Kapten pasukan Watford Troy Deeney memuji impak pengurus baru Nigel Pearson yang membantu pasukan itu menyelamatkan diri dari zon penyingkiran Liga Perdana England (EPL) buat kali pertama musim ini menyusuli kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth.

Anggaran Waktu Membaca:
Watford tarik nafas lega selepas tewaskan Bournemouth

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 13 Jan 2020 11:44AM Dikemas Kini : 13 Jan 2020 11:47AM

LONDON: Kapten pasukan Watford Troy Deeney memuji impak pengurus baru Nigel Pearson yang membantu pasukan itu menyelamatkan diri dari zon penyingkiran Liga Perdana England (EPL) buat kali pertama musim ini menyusuli kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth.

Abdoulaye Doucoure dan Roberto Pereyra turut menemui sasaran dalam perlawanan tersebut, di samping jaringan gol keempat Deeney dalam lima perlawanan.

"Pengurus dan para pemain perlu diberi pujian atas usaha ini,” kata Deeney. “Kami di tangga tercorot pada suatu ketika musim ini tetapi mampu meraih sokongan para penyokong dan bekerja keras di padang.”

Bournemouth di ambang bahaya selepas mengutip hanya empat mata daripada 11 perlawanan terakhir untuk menduduki tangga kedua tercorot.

Watford sebaliknya semakin mantap di bawah pimpinan bekas pengurus Leicester City, Pearson yang berhasil memperolehi 13 daripada 15 mata sejak kecundang 2-0 di tangan Liverpool bulan lalu.

“Kami menemui cara untuk bekerja sebagai sebuah pasukan bagi mendapatkan apa yang kami sasarkan, dari segi prestasi dan keputusan. Kami menunjukkan keazaman, pemahaman yang baik dan keupayaan,” kata Pearson.

Kecederaan bagaimanapun menyumbang kepada kemerosotan pada prestasi Bournemouth dan kehilangan penjaga gawang utama Aaron Ramsdale meninggalkan kesan yang mendalam kepada pasukan itu, dengan penggantinya Mark Travers menjadi punca benteng pertahanan mereka dibolosi gol pertama.

“Gol pertama membawa perubahan besar, sebelum itu kedua-dua pasukan seimbang,” keluh pengurus Bournemouth Eddie Howe.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan