Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Wanita di Iran dibenarkan tonton perlawanan bola sepak di stadium

Anggaran Waktu Membaca:
TEHRAN: Wanita di Iran akan dibenarkan menonton perlawanan bola sepak di stadium pada masa hadapan, kata ketua persatuan bola sepak negara itu pada Jumaat (30 Jun), lapor agensi berita Jerman (dpa).

Sehingga kini, wanita di Iran hanya dibenarkan berada di tempat duduk atas beberapa pengecualian, yang terbaru pada perlawanan persahabatan menentang Rusia.

“Majlis keselamatan negara telah meluluskan perkara ini dan menubuhkan kumpulan kerja untuk memutuskan pelaksanaannya,” kata ketua Persekutuan Bola Sepak Iran, Mehdi Taj di luar acara.

Di bawah tekanan badan induk dunia FIFA, larangan itu dilonggarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Majlis Keselamatan Iran bertanggungjawab menangani isu-isu pertahanan dan perlindungan Revolusi Islam. Keputusan itu dimuktamadkan selepas mendapat kelulusan ketua agama.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan