Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Visit Saudi tidak akan jadi penaja Piala Dunia wanita, kata presiden FIFA

Anggaran Waktu Membaca:
Visit Saudi tidak akan jadi penaja Piala Dunia wanita, kata presiden FIFA

Gianni Infantino di Kongres FIFA di Kigali pada 16 Mac 2023. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Mar 2023 11:46PM Dikemas Kini : 16 Mar 2023 11:49PM
KIGALI: Visit Saudi tidak akan menjadi penaja bagi kejohanan Piala Dunia wanita di Australia dan New Zealand pada lewat tahun ini.

Namun, Presiden FIFA Gianni Infantino tidak menolak peluang-peluang komersil bagi negara teluk itu pada masa depan dalam bidang bola sepak wanita.

Lembaga pelancongan Arab Saudi disebut-sebut sebagai pihak yang mungkin menjadi penaja bagi kejohanan dengan 32 pasukan itu.

Bagaimanapun, ia mengundang kritikan dari banyak pihak.

Kritikan terbesar datang dari Football Australia, yang menyatakan terdapat "persetujuan ramai bahawa kerjasama ini tidak selaras dengan wawasan bersama kami bagi kejohanan itu dan tidak mencapai jangkaan kami".

Pemain-pemain terkemuka lain dalam bidang bola sepak wanita juga mengutuk rancangan itu, termasuk penyerang veteran Amerika Syarikat Alex Morgan yang berkata ia tidak masuk akal 'secara moral'.

"Sudah ada perbincangan dengan Visit Saudi tetapi di penghujungnya, ia tidak berakhir dengan sebuah kontrak," kata Encik Infantino di Kongres FIFA di Kigali pada Khamis (16 Mac).

"Namun demikian, FIFA adalah sebuah pertubuhan yang dibentuk 211 negara. Tidak salah untuk mengambil penaja dari Arab Saudi, China, Amerika Syarikat, Brazil mahupun India."

Encik Infantino juga berkata pengkritik terhadap calon penaja itu mengabaikan aturan komersil yang sudahpun wujud antara syarikat-syarikat di Arab Saudi dengan Australia.

"Apabila ia melibatkan Australia, mereka menjalankan perdagangan dengan Arab Saudi (bernilai) AS$1.5 bilion (S$2.02 bilion) setiap tahun. Ini tidak menjadi masalah, bukan?

"Wujud dwistandard yang saya benar-benar tidak faham. Tidak ada masalah, tidak ada kontrak, tetapi tentu sekali kami mahu melihat bagaimana kami boleh melibatkan para penaja Saudi, serta mereka dari Qatar, dalam bola sepak wanita secara amnya," kata beliau.

"Tahun ini kami akan mengadakan Piala Dunia wanita. Ini harus menjadi sambutan bagi kaum wanita, ia sepatutnya begitu. Namun ada pula aura negatif yang sering timbul. Mengapa begitu?

"Apa kata kita cuba memberi tumpuan kepada sisi positifnya."

Putera Mahkota Arab Saudi Putera Mohammed bin Salman sejak beberapa tahun kebelakangan ini memperkenalkan perubahan yang membolehkan wanita lebih berkuasa ke atas kehidupan mereka, namun kaum lelaki terus mencengkam teguh kuasa di negara itu.
Sumber : Reuters/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan