Vietnam tundukkan Indonesia 2-0; mara ke peringkat akhir Piala AFF Mitsubishi Electric

(Gambar: Nhac Nguyen/AFP)
HANOI: Vietnam berjaya ke peringkat akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Mitsubishi Electric setelah mengalahkan Indonesia 2-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Hanoi pada Isnin malam (9 Jan).
Kedua-dua gol Vietnam dijaringkan oleh Nguyen Tien Linh pada minit ke-3 dan ke-47.
Semasa perlawanan separuh akhir pertama di Jakarta pada Jumaat lalu (6 Jan), kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.
Perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia dengan juara bertahan Thailand pula akan berlangsung pukul 8.30 malam pada 11 Jan.
Malaysia yang akan bertandang ke Thailand, sedang mendahului dengan agregat 1-0.
Anda boleh mengikuti semua perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 menerusi meWatch.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.