Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Vietnam tunda Sukan SEA hingga Julai tahun depan

Vietnam akan menunda temasya Sukan Asia Tenggara ke-31 dan Sukan Para ASEAN ke-11 sehingga Julai tahun depan atas keprihatinan tentang COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Vietnam tunda Sukan SEA hingga Julai tahun depan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Jun 2021 06:17PM Dikemas Kini : 09 Jun 2021 06:22PM

HANOI: Vietnam akan menunda temasya Sukan Asia Tenggara ke-31 dan Sukan Para ASEAN ke-11 sehingga Julai tahun depan atas keprihatinan tentang COVID-19.

Menurut laporan media tempatan, para pegawai sukan mencapai keputusan itu semasa satu mesyuarat pada Selasa (8 Jun).

Sebelum ini, Sukan SEA 2021 dijadual berlangsung pada November depan.

Namun, Vietnam sedang dibelenggu beberapa cabaran seperti kekurangan dana dan bekalan vaksin COVID-19 yang tidak menentu.

Vietnam juga sedang bergelut dengan penularan COVID-19 yang semakin buruk akibat kes-kes import.

Vietnam mengadakan mesyuarat secara maya petang tadi (9 Jun) untuk membincangkan penangguhan itu dengan negara-negara ASEAN yang lain.

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan