Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Vietnam terikat 2-2 lawan Thailand dalam perlawanan pertama peringkat akhir Piala AFF

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Vietnam seri 2-2 dengan juara bertahan Thailand dalam perlawanan pertama peringkat akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Mitsubishi Electric pada Jumaat (13 Jan). 

Penyerang Nguyen Tien Linh yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan separuh akhir menentang Indonesia pada awal minggu ini sekali lagi menggembirakan para penyokong Vietnam apabila menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-24. 

Vietnam masih mendahului Thailand sebelum separuh masa pertama berakhir di Stadium Kebangsaan My Dinh di Hanoi. 

Thailand yang menewaskan pasukan Malaysia dalam perlawanan peringkat separuh akhir, bangkit semula dalam separuh masa kedua, penuh tekad untuk menyamakan kedudukan - dan juara bertahan itu mengambil masa hanya tiga minit untuk Poramet Arjvirai menjaringkan gol gol penyamaan. 

Thailand kemudian mendahului permainan melalui jaringan Sarach Yooyen pada minit ke-63 untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Namun, perjuangan Vietnam belum lagi berakhir. Dengan hanya dua minit sebelum wisel penamat ditiupkan, Van Thanh Vu menjaringkan gol kedua Vietnam, menjadikan keputusan terikat 2-2. 

Perlawanan kedua akan berlangsung di Stadium Thammasat di Thailand pada Isnin (16 Jan). 

Thailand buat masa ini berjaya membawa pulang paling banyak trofi Piala AFF setelah  memenangi pertandingan tersebut sebanyak enam kali. Vietnam pula sudah menjuarainya sebanyak dua kali. 

Anda boleh mengikuti semua perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 menerusi meWatch.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan