Vietnam kalahkan Thailand 2-1 dalam perlawanan pertama pusingan akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric

Kebuntuan Vietnam dan Thailand untuk mendapatkan gol dalam perlawanan tersebut terus berlarutan sehinggalah Vietnam berjaya memecahkannya pada minit ke-59, hasil jaringan pemain tuan rumah, Nguyen Xuan Son (tengah). (Gambar: NHAC NGUYEN / AFP)
Kebuntuan Vietnam dan Thailand untuk mendapatkan gol dalam perlawanan tersebut terus berlarutan sehinggalah Vietnam berjaya memecahkannya pada minit ke-59.
Ia merupakan hasil jaringan pemain tuan rumah, Nguyen Xuan Son. Pasukan itu bahkan terus berpesta gol dengan jaringan lagi satu gol oleh pemain tersebut.
Namun, lapan minit sebelum tamatnya perlawanan itu, pasukan Thailand menjaringkan gol untuk merapatkan lagi jurang dalam ia melangkah ke perlawanan kedua pusingan akhir sukan temasya tersebut.
Dengan keputusan itu, Vietnam jelas mempunyai kelebihan dalam ia beraksi di perlawanan kedua pusingan akhir untuk merebut gelaran juara.
Manakala, Thailand kini berdepan dengan nasib yang serupa dalam perlawanan separuh akhirnya sebelum ini, ketika ia mengalami kekalahan pada pusingan pertama apabila pasukan itu menentang Filipina.
Pasukan Thailand perlu mengharungi tugas berat itu sedang ia merebut peluang untuk mempertahankan takhta juaranya, yang sudah dipegang untuk dua tahun berturut-turut.
Perlawanan kedua pusingan akhir itu dijadual berlangsung di Bangkok pada Ahad (5 Jan).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.