Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Vietnam juara Piala ASEAN Mitsubishi 2024, kalahkan Thailand 2-3 dalam perlawanan kedua pusingan akhir

Vietnam menjuarai Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 selepas mengalahkan Thailand dengan agregat 5-3 dalam perlawanan sengit semasa perlawanan kedua pusingan akhir di Stadium Rajamangla pada Ahad (5 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Vietnam juara Piala ASEAN Mitsubishi 2024, kalahkan Thailand 2-3 dalam perlawanan kedua pusingan akhir

(Gambar: ASEAN Utd FC)

Diterbitkan : 06 Jan 2025 06:58AM Dikemas Kini : 06 Jan 2025 06:59AM
BANGKOK: Vietnam menjuarai Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 selepas mengalahkan Thailand dengan agregat 5-3 dalam perlawanan sengit semasa perlawanan kedua pusingan akhir di Stadium Rajamangla pada Ahad (5 Jan).

Semasa awal perlawanan, pemain Vietnam Pham Tuan Hai menjaringkan gol pada minit kelapan dan menyebabkan pemain Thailand Pansa Hemviboon menjaringkan gol sendiri dalam separuh kedua sebelum Nguyen Hai Long dari Vietnam menjaringkan gol ketiga sekali gus mencatat kemenangan 3-2 pada minit ke-20.

Vietnam pernah menjuarai Piala ASEAN Mitsubishi Electric pada 2008 dan 2018.

Pemain Thailand Benjamin Davis dan Supachok Sarachat kemudian cuba mengubah nasib pasukan dengan masing-masing menjaringkan satu gol.

Namun percubaan pemain Thailand Suphanan Bureerat untuk turut melakukan yang sama gagal apabila tendangannya tidak mengena sasaran pada minit ke-90.

Thailand tidak berjaya meraih gelaran juara ketiga beruntun dan juga kelapan secara keseluruhan dalam Kejohanan ASEAN itu.
Sumber : Agensi berita/NK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan