Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Verstappen raih kemenangan GP Brazil selepas 10 perlumbaan

Anggaran Waktu Membaca:
Verstappen raih kemenangan GP Brazil selepas 10 perlumbaan

(Gambar: NELSON ALMEIDA / AFP)

SAO PAULO: Pemandu Red Bull Racing Max Verstappen memenangi Grand Prix (GP) Brazil dalam Kejuaraan Dunia Formula Satu (F1) 2024 selepas 10 perlumbaan pada Ahad (3 Nov), lapor Agensi Anadolu (AA).

Juara bertahan itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa dua jam enam minit 54.43 saat manakala kedua-dua pelumba Alpine Renault Esteban Ocon dan Pierre Gasly, masing-masing menaiki podium di tempat kedua dan ketiga.

Pemandu Ferrari Carlos Sainz yang memenangi pusingan terakhir GP Mexico, terpaksa menarik diri daripada perlumbaan selepas terlibat dalam kemalangan pada pusingan ke-40.

Pelumba Belanda, Verstappen kini mendahului kedudukan pemandu dengan 393 mata, manakala Lando Norris dari McLaren berada di tempat kedua dengan 331 mata.

Pelumba Ferrari Charles Leclerc pula menduduki tempat ketiga dengan 307 mata.

McLaren mendahului kedudukan pengeluar dengan 593 mata, diikuti Ferrari dengan 557 mata dan Red Bull dengan 544 mata.

Perlumbaan seterusnya musim ini, pusingan ke-22 iaitu Grand Prix Las Vegas akan diadakan di Litar Las Vegas Strip pada 24 November.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan