Skip to main content

Sukan

Verstappen raih kemenangan bagi Red Bull buat kali ke-11 berturut-turut

Anggaran Waktu Membaca:
SILVERSTONE: Max Verstappen memenangi Grand Prix Britain sekali gus meluaskan jurang kedudukannya di tangga pertama Formula One kepada 99 mata pada Ahad (9 Jul).

Ini sedang Red Bull yang belum kalah musim ini menyamai rekod 11 kemenangan berturut-turut Mclaren pada 1988.

Lando Norris dari Mclaren menduduki tempat kedua di hadapan 160,000 penyokong tempatan di Silverstone, dengan rakan senegara dan juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton menduduki tempat ketiga buat Mercedes selepas bermula pada tempat ketujuh.

Juara dunia dua kali itu juga meraih mata bonus bagi masa pusingan terpantas untuk meluaskan jurang di tempat pertama dengan kira-kira empat kemenangan di hapadan pesaing terdekat dan rakan sepasukannya Sergio Perez, yang menduduki tempat keenam selepas bermula pada tempat kelima belas.

Kemenangan tersebut merupakan yang pertama bagi Red Bull di Silverstone sejak kemenangan warga Australia Mark Webber pada 2012. Manakala kedudukan Lando Norris buat Mclaren di podium pada perlumbaan di negara sendiri merupakan yang pertama sejak Hamilton menduduki tempat kedua pada 2010.

Warga Australia Oscar Piastri menduduki tempat keempat bagi Mclaren, dengan harapannya untuk menduduki podium dihambat kereta keselamatan yang lewat tiba. Warga Britain George Rusell menduduki tempat kelima buat Mercedes selepas beraksi menggunakan tayar lembut dan Fernando Alonso menduduki tempat ketujuh buat Aston martin.

Alex Albon meneruskan prestasi pasukan Williams dengan menduduki tempat kelapan, di hadapan Charles Leclerc dari Ferrari dan pemenang tahun lalu, Carlos Sainz.

Prestasi Ferrari yang kurang memberangsangkan itu menandakan satu tahun sejak pasukan tertua dan paling berjaya sukan itu kali terakhir meraih kemenangan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita