Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Verstappen kuasai GP Monaco, kemenangan kesemua enam perlumbaan musim ini bagi Red Bull

Anggaran Waktu Membaca:

MONACO: Juara dunia berganda, Max Verstappen mengatasi hujan untuk meraih kemenangan  Grand Prix (GP) F1 Monaco selepas mengungguli perlumbaan dari awal hingga ke garisan penamat.  

Verstappen kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 39 mata, sekali gus kemenangan keenam bagi Red Bull daripada enam perlumbaan musim ini.

Pelumba Sepanyol, Fernando Alonso dari Aston Martin menamatkan saingan di tempat kedua tetapi ketinggalan 27.9 saat.

Tempat ketiga dimenangi pelumba Perancis, Esteban Ocon dari Alpine, manakala juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dari Mercedes terpaksa berpuas hati hati di tempat keempat.

Ia adalah kemenangan keempat Verstappen musim ini, kali keduanya di Monaco dan kali ke-39 dalam kerjayanya.

Sumber : Reuters/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan