Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Verstappen julang takhta F1 empat kali berturut-turut

Anggaran Waktu Membaca:
Verstappen julang takhta F1 empat kali berturut-turut

Max Verstappen (atas) menjadi juara dunia Formula 1 empat kali berturut-turut di Grand Prix Las Vegas pada Sabtu (23 Nov). (Gambar: Mark Thompson / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images menerusi AFP)

LAS VEGAS: Max Verstappen menjadi juara dunia Formula 1 empat kali berturut-turut di Grand Prix Las Vegas pada Sabtu (23 Nov). Beliau sekali gus disifatkan sebagai "antara yang paling hebat".

Pelumba Belanda berusia 27 tahun itu menduduki tempat kelima dalam perlumbaan, yang dijuarai George Russell daripada Mercedes.

Verstappen menjadi pelumba keenam untuk memenangi empat kejohanan berturut-turut, menyusuli Michael Schumacher, Lewis Hamilton, Juan Manuel Fangio, Sebastian Vettel dan Alain Prost.

Tujuh kemenangan dalam sepuluh perlumbaan pembukaan itu menjadikan peluangnya cerah untuk merangkul gelaran juara dunia keempat itu.

Namun, beliau perlu mengatasi rentetan sepuluh perlumbaan tanpa kemenangan semasa pertengahan musim ini sebelum bangkit semula untuk meraih kemenangan dalam perlumbaan di Brazil.

Kemenangan itu juga sekali gus menjamin harapan cerah baginya meraih gelaran juara dunia keempatnya.

Verstappen telah menjadi juara dunia bertahan sejak Grand Prix Sepanyol pada 2022.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan