Skip to main content

Sukan

Verstappen juarai GP Bahrain di Sepang, raih kemenangan pertama F1 musim ini

Max Verstappen dari Red Bull memenangi Grand Prix Bahrain di Malaysia pada Ahad (4 Okt), sekali gus meraih kemenangan pertamanya musim ini. Perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang itu ditangguhkan lebih 90 minit selepas hujan lebat menyebabkan keadaan litar terlalu berbahaya untuk perlumbaan dimulakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Verstappen juarai GP Bahrain di Sepang, raih kemenangan pertama F1 musim ini

Max Verstappen dari Red Bull di lorong pit semasa Grand Prix Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang pada 4 Oktober 2026. (Gambar: REUTERS/Annice Lyn/Pool)

Diterbitkan : 04 Oct 2026 07:10PM
Verstappen wins the Bahrain GP at Sepang, claims his first F1 victory of the season
  • Red Bull's Max Verstappen won the Bahrain Grand Prix at Sepang International Circuit on Sunday (Oct 4), securing his first victory of the season.
  • The race, which had been scheduled to start at 3pm, was delayed by more than 90 minutes due to heavy rain before getting under way at 4.33pm.
  • Mercedes' Kimi Antonelli finished second, followed by Ferrari's Lewis Hamilton, while Charles Leclerc was fourth.
  • George Russell failed to finish because of a power unit problem, as Verstappen's win marked Formula One's return to Sepang since 2017.
Dijana oleh AI
SEPANG: Max Verstappen dari Red Bull memenangi Grand Prix Bahrain di Malaysia pada Ahad (4 Okt), sekali gus meraih kemenangan pertamanya musim ini.

Perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang itu ditangguhkan lebih 90 minit selepas hujan lebat menyebabkan keadaan litar terlalu berbahaya untuk perlumbaan dimulakan.

Pendahulu kejuaraan Kimi Antonelli dari Mercedes menduduki tempat kedua, manakala Lewis Hamilton dari Ferrari melengkapkan podium di tempat ketiga.

Hamilton menamatkan perlumbaan di hadapan rakan sepasukannya Charles Leclerc, yang menduduki tempat keempat.

Isack Hadjar dari Red Bull berada di tempat kelima, diikuti Oscar Piastri dari McLaren dan Liam Lawson dari Racing Bulls.

Fernando Alonso dari Aston Martin pula berjaya mengekang cabaran Lando Norris pada penghujung perlumbaan untuk menduduki tempat kelapan.

Norris menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan, manakala Arvid Lindblad melengkapkan kelompok 10 terbaik.
Related article image
Max Verstappen mendahului perlumbaan Grand Prix Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang pada 4 Oktober 2026. (Gambar: AFP)
RUSSELL GAGAL TAMATKAN PERLUMBAAN

Rakan sepasukan Antonelli dan pencabar terdekatnya dalam kejuaraan, George Russell, berada di tempat ketiga sebelum terpaksa menarik diri dengan baki lima pusingan.

Pelumba Mercedes itu dipercayai mengalami masalah pada unit kuasa jenteranya.

Perlumbaan pada asalnya dijadualkan bermula pada 3.00 petang, namun hujan lebat melanda Sepang sejurus sebelum perlumbaan bermula.

Pusingan formasi kemudian dijadualkan semula pada 3.40 petang sebelum perlumbaan akhirnya bermula pada 4.33 petang.

Kemenangan Verstappen turut menandakan kejayaan manis sekembalinya Formula Satu ke Sepang buat kali pertama sejak 2017.

Verstappen juga merupakan pemenang perlumbaan terakhir di litar Malaysia itu sembilan tahun lalu.
Sumber : Reuters/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita