Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Verstappen juara Grand Prix Miami; rapatkan jurang dengan Leclerc

Anggaran Waktu Membaca:
Verstappen juara Grand Prix Miami; rapatkan jurang dengan Leclerc

(Gambar: Peter Fox/Getty Images via AFP)

MIAMI GARDENGS: Juara dunia Max Verstappen berjaya mengatasi cabaran Charles Leclerc dari pasukan Ferrari untuk meraih kejuaraan sulung buat Red Bull dalam perlumbaan cuaca panas terik di Grand Prix Miami.

Dalam perlumbaan yang meletihkan buat pelumba dan pasukan di Miami International Autodrome, pelumba berusia 24 tahun dari Belanda itu mempamerkan aksi matang untuk memanfaatkan kelajuan di garis lurus perlumbaan.

Kemenangan kedua berturut-turut dan ketiga musim ini membolehkannya untuk merapatkan jurang mata dengan Leclerc kepada 19 mata dalam senarai pelumba musim ini.

Leclerc kini mengumpul 104 mata dan Verstappen 85. Ia adalah kemenangan ke-23 dalam kerjaya pelumba dari Belanda itu.

"Ia adalah Grand Prix yang luar biasa dan sangat mencabar dari segi keadaan fizikal juga, tetapi saya rasa kami berjaya mempertahankannya sehingga tamat," kata Verstappen.

Apabila William Theodore Ribbs Jr mencadangkan untuk dia beralih ke 'gelanggang tinju' Verstappen membalas: "Saya rasa saya akan terus berlumba, tapi saya sangat sukakan tinju. Rasanya ia seperti apa yang saya rasa sekarang.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan di Miami dan ia adalah hari yang luar biasa untuk kami.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan