Skip to main content

Sukan

VAR buka pintu SG anjur perlawanan bola sepak antarabangsa

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Feb 2023 07:11PM Dikemas Kini : 17 Feb 2023 12:27AM
SINGAPURA: Singapura berharap sistem penolong pengadil video (VAR) akan membuka pintu kepada lebih banyak peluang untuk mengadakan perlawanan antarabangsa di sini.

Lebih ramai pengadil Singapura juga berpeluang untuk terlibat sama dalam kejohanan-kejohanan utama dunia.

Sistem tersebut juga akan diperkenalkan dalam musim Liga Perdana Singapura (SPL) akan datang.

Jaringan gol yang baik tetapi tidak dibenarkan pengadil atas kesilapan.

Pihak berkuasa bola sepak tempatan berharap keputusan sedemikian dapat dikurangkan dengan sistem VAR yang bakal diperkenalkan kelak.

Sistem VAR diuruskan pasukan tiga orang di ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) di Jalan Besar.

"VAR akan ada akses kepada semua sudut kamera di stadium dan rakaman video ini akan diperiksa bagi sebarang situasi. Dalam kelajuan secara langsung ataupun perlahan. Ia amat telus dari segi komunikasi dengan pengadil di padang. Tiada orang tengah," ujar Muhd Taqi Aljaafari, penolong pengadil VAR Piala Dunia Qatar 2022.

Latihan VAR bermula di Singapura sekitar setahun lalu dengan kelab-kelab profesional mahupun amatur membantu FAS menguji sistem tersebut.

Kos ditanggung sebahagian besarnya oleh FIFA dan FAS pula mengendalikan sepenuhnya sistem berkenaan.

FIFA akan terus menyokong SPL bagi tiga musim akan datang dengan para pemain dan jurulatih mengalu-alukan sistem itu.

FAS percaya VAR akan meningkatkan peluang Singapura menjadi tuan rumah pertandingan utama dan bagi lebih ramai pengadil tempatan beraksi di pentas antarabangsa.

Perlawanan pertama di sini, yang bakal menyaksikan penggunaan sistem VAR, adalah pada Ahad (19 Feb) apabila Albirex Niigata turun padang menentang Hougang United.
Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita