Skip to main content

Sukan

Usian Bolt berkobar main peranan hidupkan semula sukan balapan dan padang

Anggaran Waktu Membaca:
MEXICO CITY: Usain Bolt berkata beliau berkobar-kobar untuk menyumbang kepada menghidupkan semula sukan yang menjadikannya bintang handalan dunia, namun hambar sejak persaraannya enam tahun lalu.

Warga Jamaica itu, yang mendominasi acara lari pecut lelaki selama hampir sedekad selepas Olimpik Beijing 2008, berkata bahawa masa terluangnya sudah diisi dengan banyak perkara tetapi semangat untuk kekal terlibat dalam sukan terus membara.

"Saya masih menantikan sebuah jawatan daripada (Olahraga Dunia). Saya sudah menghubungi mereka dan memberitahu mereka bahawa saya ingin memberi kesan yang lebih besar dalam bidang sukan itu, selagi mereka mahu saya melakukannya."

Bolt menambah bahawa beliau sedar keperibadiannya merupakan ramuan penting dalam kejayaan sukan balapan dan padang semasa eranya.

Namun, beliau berpendapat atlit seperti pelari pecut Amerika Syarikat (AS) Noah Lykes mungkin mula mengisi jurang karisma itu.

"Ia akan menjadi satu proses. Selepas saya, ia seperti merosot disebabkan siapa saya sebagai seorang individu dan betapa besarnya personaliti saya ketika itu," tambah pemenang pingat emas Olimpik sebanyak lapan kali itu.

"Namun saya fikir, lama-kelamaan ia akan bertambah baik. Saya rasa atlit-atlit muda sedang bangkit dan saya melihat beberapa personaliti yang diperlukan dalam sukan.Semoga dalam beberapa tahun mendatang, ia akan berubah."

"Harap-harap, saya dapat memainkan peranan dan bantu sukan ini berkembang."
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita