UEFA pantau situasi COVID-19, belum jelas kesan terhadap Euro 2020
Penularan virus COVID-19 di Itali berlaku sedang ia bersedia untuk menjadi salah satu daripada 12 negara tuan rumah bagi pertandingan Euro 2020.
(Gambar: Reuters)
ROME: Penularan virus COVID-19 di Itali berlaku sedang ia bersedia untuk menjadi salah satu daripada 12 negara tuan rumah bagi pertandingan Euro 2020.
Namun belum jelas sama ada pertandingan itu akan terjejas akibat wabak COVID-19, kata naib presiden pertubuhan bola sepak Eropah, UEFA pada Selasa (25 Feb).
Menteri Sukan Itali mengatakan larangan terhadap acara-acara di daerah-daerah terjejas mungkin ditarik balik pada Isnin depan (2 Mac), meskipun menurutnya lagi, ini bergantung kepada perkembangan situasi.
Angka korban di Itali akibat COVID-19 mencecah 11 pada Selasa (24 Feb) dengan lebih daripada 320 kes baru dilaporkan, menurut pihak berkuasa.
Pemerintah Itali telah melarang acara-acara sukan di enam daerah di negara itu tetapi membuat pengecualian terhadap perlawanan bola sepak Serie A yang boleh diteruskan secara tertutup.
"Sekiranya data tidak memberikan penunjuk berbeza, mungkini dari 2 Mac kami tidak akan melanjutkan larangan terhadap acara-acara sukan," kata menteri sukan Itali Vinceno Spadafora.
"Kami akan lihat perkembangan situasi itu dalam masa beberapa hari akan datang. Namun, keselamatan dan kesihatan menjadi keutamaan - sebelum perlawanan atau sebelum stadium dipenuhi penyokong."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.