Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tunku Ismail Sultan Ibrahim umum undur diri dari Kelab Bolasepak JDT

Anggaran Waktu Membaca:
Tunku Ismail Sultan Ibrahim umum undur diri dari Kelab Bolasepak JDT

Gambar: Twitter/@OfficialJohor

Diterbitkan : 09 Jun 2022 06:51PM Dikemas Kini : 09 Jun 2022 06:51PM

KUALA LUMPUR: Arena bola sepak negara Malaysia hari ini (9 Jun) digemparkan dengan kenyataan terbaru daripada pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT).

Menerusi status ringkas yang dimuat naik ke akaun Facebook dan Twitter rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mengambil keputusan untuk berundur disebabkan tanggungjawab dan komitmennya yang lain, seperti dinukil daripada Astro AWANI. 

Menyusuli keputusan itu, Tunku Ismail berkata beliau menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

Dalam status sama yang dimuat naik kira-kira jam 3.15 petang itu, beliau turut mendoakan yang terbaik untuk JDT dan semua, lapor Astro AWANI. 

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya sudah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” kata beliau seperti yang dikongsikan dalam laman Facebook tersebut.

Tidak sampai 30 minit status tersebut dimuat naik, ia sudah mendapat hampir 4,000 respons daripada pengguna Facebook dengan hampir 300 komen dicatatkan.

Sekalipun demikian, akaun Facebook rasmi Tunku Ismail langsung tidak mengongsikan kenyataan itu setakat jam 3.30 petang tadi.

Status terakhir yang dimuat naik adalah pada jam 12.00 tengah hari tadi, berkaitan program Lawatan Ziarah Kasih dan Penyampaian Kurniaan Tunku Ismail bagi daerah Pontian, lapor Astro AWANI.

Laman rasmi Twitter Tunku Ismail juga masih tiada lagi kenyataan tersebut setakat jam 3.30 petang tadi dan yang terakhir adalah ciapan sama program di Pontian.

Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa