Tuchel sah jurulatih baharu England
Anggaran Waktu Membaca:
Mantan pengurus Chelsea, Thomas Tuchel. (Gambar: Denis Lovrovic / AFP)
LONDON: Bekas jurulatih Chelsea dan Bayern Munich, Thomas Tuchel secara rasmi pada Rabu (16 Okt) dilantik sebagai pengurus baharu England dengan kontrak selama 18 bulan.
Perkembangan tersebut dikongsi oleh Persatuan Bolasepak (FA) yang menyebut jurulatih berusia 51 tahun itu bakal memulakan tugas pada 1 Januari 2025, lapor Sinar Harian.
Pengendali dari Jerman itu mengambil alih kerusi panas berkenaan daripada Gareth Southgate yang meletak jawatan selepas The Three Lions kalah dalam aksi peringkat akhir Euro 2024.
Teruja dengan jawatan baharu itu, Tuchel melahirkan rasa bangga dan menyifatkan ia satu penghormatan besar untuk membimbing salah sebuah pasukan terbaik dunia.
"Saya sangat berbangga diberi penghormatan untuk mengetuai pasukan England.
"Saya telah lama merasakan hubungan peribadi dengan bola sepak di negara ini. Ia memberikan saya beberapa detik yang luar biasa.
"Mendapat peluang untuk mengendalikan England adalah satu keistimewaan yang besar dan peluang untuk bekerja dengan kumpulan pemain yang istimewa serta berbakat ini sangat mengujakan," katanya, seperti dinukil Sinar Harian.
Tuchel dilaporkan bakal menerima gaji kira-kira 5 juta pound (S$8.5 juta) setahun dan akan dibantu oleh Anthony Barry.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif FA, Mark Bullingham menjelaskan mengapa mereka memilih untuk bekerjasama dengan Tuchel.
"Kami teruja untuk bersama Thomas (Tuchel), salah seorang jurulatih terbaik di dunia dan Anthony (Barry) yang merupakan salah seorang jurulatih Inggeris terbaik," katanya, seperti dipetik Sinar Harian.
Tuchel yang meninggalkan Bayern akhir musim lalu menjadi pengurus asing ketiga bagi skuad England selepas Sven-Goran Eriksson dan Fabio Capello.
Beliau pernah memenangi gelaran liga Paris Saint-Germain (PSG) dan Bayern serta Piala Jerman bersama Dortmund.
Namun kejayaan terbesarnya adalah ketika beliau mengendalikan Chelsea apabila pasukan itu meraih kejuaraan Liga Juara-Juara hanya beberapa bulan selepas mengambil alih pada tahun 2021 dan memenangi Piala Super UEFA serta Piala Dunia Kelab bersama kelab London itu.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.