Skip to main content

Sukan

Tuan rumah China tamatkan Sukan Asia dengan rekod 201 pingat emas

Anggaran Waktu Membaca:
HANGZHOU: Tuan rumah China menamatkan acara Sukan Asia di tangga pertama dengan 201 pingat emas, selepas Gu Shiau-shuang dari Taiwan menjuarai peringkat akhir sukan karate di Hangzhou pada Ahad (8 Okt).

Gu, yang menunjukkan prestasi hebat dalam kategori kumite wanita 50 kilogram, mengalahkan Moldir Zhangbyrbay dari Kazakhstan dalam perlawanan pingat emas melalui "Hantei" selepas perlawanan sengit itu berakhir seri 5-5.

Sebelum itu, Jepun menewaskan Macau untuk menjuarai kategori "kata" pasukan lelaki dalam perlawanan pingat emas. Acara itu menutup tirai Sukan Asia selepas lebih dua minggu, yang melibatkan 12,000 atlit dalam 40 sukan.

China, yang melepasi 199 pingat emas yang dimenanginya di Sukan Asia Guangzhou 2010, juga merangkul 111 pingat perak dan 71 gangsa yang membawa jumlah keseluruhan pingat pada 383.

China menamatkan pertandingan itu di hadapan Jepun yang merangkul 52 pingat emas, dan Korea Selatan, dengan 42, dalam tangga pingat.

Pingat emas pertama yang dimenangi pada Sukan Asia tahun ini diraih China dalam sukan lumba dayung lebih dua minggu lalu.

Pingat emas ke-201 mereka diraih di peringkat akhir acara renang artistik, rutin pasukan bebas.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita