Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Trofi Piala Dunia FIFA 'jelajah' 51 negara; dipamerkan di Seoul minggu ini

Trofi Piala Dunia FIFA bakal dipamerkan di Seoul sebagai sebahagian daripada siri jelajah menjelang kejohanan bola sepak terulung itu, menurut pihak penganjur. 

Anggaran Waktu Membaca:
 Trofi Piala Dunia FIFA 'jelajah' 51 negara; dipamerkan di Seoul minggu ini

Gambar trofi Piala Dunia FIFA 2022 menghiasai sebuah bangunan di ibu kota Qatar, Doha, pada 16 Ogos 2022. (Gambar: Mustafa ABUMUNES / AFP)

SEOUL: Trofi Piala Dunia FIFA bakal dipamerkan di Seoul sebagai sebahagian daripada siri jelajah menjelang kejohanan bola sepak terulung itu, menurut pihak penganjur. 

Siri jelajah itu dikendalikan Coca-Cola dan singgah di Seoul selama dua hari bermula Rabu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Trofi itu akan dipertonton kepada media pada Rabu (24 Ogos).

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan Paulo Bento akan menghadiri majlis itu bersama dua legenda bola sepak Korea Selatan Cha Bum-kun dan Park Ji-sung.

Trofi berkenaan akan dipamerkan di pusat beli-belah popular, Hyundai Seoul pada Khamis.

Buat julung kali, trofi itu bakal dibawa menjelajah 51 negara termasuk 32 negara yang menyertai kejohanan itu.

Kejohanan dunia itu bakal diadakan di Qatar bermula 20 Nov sekali gus menjadi negara Timur Tengah pertama menganjur acara berprestij itu.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan