Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tour de France wajibkan pakai pelitup di kawasan tertentu

Anggaran Waktu Membaca:
BERLIN: Penganjur Tour de France mewajibkan pemakaian pelitup di kawasan-kawasan tertentu selepas beberapa siri kes COVID-19 dikesan di aca lumba basikal terkenal itu.

Jurucakap Tour de France memberitahu Agensi Berita Jerman (dpa) bahawa pihak penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara itu, yang berlangsung sehingga 21 Julai.

Pemakaian pelitup diwajibkan di kawasan-kawasan yang mempunyai kontak dengan pelumba, seperti selepas garis penamat, kawasan letak bas pasukan dan zon campuran iaitu kawasan di mana pihak media boleh bercakap dengan pelumba.

Beberapa pelumba telah menarik diri selepas dijangkiti koronavirus, termasuk juara Sukan Olimpik lumba basikal gunung Thomas Pidcock dari Britain dan juara Vuelta Sepanyol Sepp Kuss dari Amerika Syarikat yang menarik diri pada 29 Jun selepas dijangkiti virus tersebut.

Selain itu, mungkin terdapat banyak lagi kes kerana tidak semua pasukan menjalani ujian.

"Saya tahu ada pelumba dalam Tour yang dijangkiti koronavirus," kata pemenang peringkat rekod Mark Cavendish kepada penyiar Jerman ARD.

Pelumba Jerman Pascal Ackermann berkata: "Ia berada di peleton dan sama ada anda mendapatkannya atau tidak."

Pendahulu keseluruhan Tadej Pogacar dari Slovenia turut dijangkiti COVID-19 manakala pesaingnya Remco Evenepoel dari Belgium dan Jonas Vingegaard dari Denmark, pemegang gelaran, telah memakai pelitup di kawasan sesak sejak hari pertama.

Evenepoel terpaksa berhenti daripada Giro d'Italia tahun lalu dalam kedudukan utama selepas terjangkit koronavirus.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan