Skip to main content

Sukan

Tottenham sedia tentang Juventus, kata Son

Tottenham Hotspur tidak perlu gentar menjelang pertemuannya dengan Juventus dalam perlawanan Liga Juara-Juara Rabu ini (7 Mac) dengan adanya jentera penyerang yang kuat untuk mara ke suku akhir, kata pemain tengah pasukan tersebut, Son Heung-min.

Anggaran Waktu Membaca:
Tottenham sedia tentang Juventus, kata Son

Gambar fail. (Gambar: EDDIE KEOGH/REUTERS)

Diterbitkan : 05 Mar 2018 10:40PM Dikemas Kini : 05 Mar 2018 10:46PM

REUTERS: Tottenham Hotspur tidak perlu gentar menjelang pertemuannya dengan Juventus dalam perlawanan Liga Juara-Juara Rabu ini (7 Mac) dengan adanya jentera penyerang yang kuat untuk mara ke suku akhir, kata pemain tengah pasukan tersebut, Son Heung-min.

Dalam perlawanan di stadium Turin menentang juara Itali itu, Tottenham berjaya kembali dari belakang untuk seri 2-2 dalam peringkat pertama 16
pasukan terakhir liga tersebut.

"Kami akan beraksi di padang sendiri tetapi kami tidak gentar," kata Son. "Kami harus bermain dengan cara sendiri, rasa yakin dan terus menyerang seperti semasa di Wembley. Itulah yang paling penting.

"Kami dahaga. Kami masih belum selesai lagi.. ia adalah perlawanan Liga-Liga Juara menentang pesaing yang sengit... Saya berharap dapat bermain dalam sekitaran yang baik dan saya rasa kami mempunyai peluang yang baik," tambah pemain Korea Selatan itu.

Sabtu lalu (3 Mac), Son menjaringkan dua gol kemenangan membelasah Huddersfield Town 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana sekaligus melanjutkan kemenangan pasukan tersebut yang berturut-berturut dalam 17 perlawanan.

Tottenham yang bakal berpindah ke stadium baru musim depan, adalah antara pasukan yang dijangkakan ramai akan layak ke peringkat lapan pasukan terakhir dalam Liga Juara-Juara.

"Anda boleh lihat sendiri bagaimana Tottenham beraksi. Kami layak untuk bermain di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara ataupun selanjutnya. Kami memang cukup hebat (untuk berbuat demikian)," kata Son.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita