Skip to main content

Sukan

Tottenham kutuk hinaan berbaur perkauman terhadap Mathys Tel selepas kalah Piala Super UEFA

Anggaran Waktu Membaca:
Tottenham kutuk hinaan berbaur perkauman terhadap Mathys Tel selepas kalah Piala Super UEFA

Penyerang Tottenham Hotspur Mathys Tel. (Gambar: Action Images melalui Reuters/Andrew Boyers/Gambar fail)

Diterbitkan : 15 Aug 2025 12:19PM Dikemas Kini : 15 Aug 2025 12:23PM
ISTANBUL: Pasukan Liga Perdana England Tottenham Hotspur pada Khamis (14 Ogos) mengutuk hinaan berbaur perkauman yang disasarkan terhadap penyerang Perancis Mathys Tel menyusuli kekalahan kelab itu kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Piala Super UEFA, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami amat jijik dengan cacian berbaur perkauman yang diterima Mathys Tel di media sosial selepas kekalahan dalam Piala Super UEFA malam tadi,” tulis kelab itu di platform X.

Tottenham menyatakan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan platform media sosial untuk mengambil tindakan terhadap individu yang dapat dikenal pasti.

“Mathys menunjukkan keberanian apabila tampil mengambil tendangan penalti, namun mereka yang menghinanya hanyalah pengecut, bersembunyi di sebalik nama pengguna dan profil tanpa identiti untuk melontarkan pandangan yang keji,” menurut kelab itu.

Insiden itu berlaku selepas perlawanan yang menyaksikan Tottenham kalah 4-3 menerusi penentuan tendangan penalti selepas terikat 2-2 pada masa penuh.
Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita