Skip to main content

Sukan

Tottenham Hotspur tundukkan Man United untuk julang piala Liga Europa

Tottenham Hotspur meraih kejayaan cemerlang walaupun pasukan itu dilanda krisis kecederaan apabila menjulang piala Liga Europa selepas menewaskan Manchester United 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium San Mames pada Rabu (21 Mei), sekali gus menamatkan kemarau trofi selama 17 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Tottenham Hotspur tundukkan Man United untuk julang piala Liga Europa

Pemain Tottenham Hotspur Son Heung-Min julang piala Liga Europa menyusuli kemenangan pasukan itu ke atas Manchester United di Estadio de San Mames, Bilbao, Sepanyol pada Rabu (21 Mei). (Gambar: PA/Andrew Milligan)

Diterbitkan : 22 May 2025 11:34AM Dikemas Kini : 22 May 2025 11:36AM
ISTANBUL: Tottenham Hotspur meraih kejayaan cemerlang walaupun pasukan itu dilanda krisis kecederaan apabila menjulang piala Liga Europa selepas menewaskan Manchester United 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium San Mames pada Rabu (21 Mei), sekali gus menamatkan kemarau trofi selama 17 tahun.

Menurut Anadolu Ajansi (AA), satu-satunya gol dalam perlawanan tersebut dijaringkan oleh Brennan Johnson pada minit ke-42 untuk memberikan kelebihan kepada kelab dari utara London itu sehingga tamat permainan.

Manchester United berusaha keras mencari gol penyamaan pada separuh masa kedua, dengan beberapa peluang gagal dimanfaatkan oleh Bruno Fernandes, Rasmus Hojlund dan Luke Shaw.

Peluang terbaik United untuk menyamakan kedudukan ialah pada masa kecederaan apabila tandukan jarak dekat Shaw dinafikan oleh aksi cemerlang penjaga gawang Tottenham, Guglielmo Vicario.

Pemerhati teknikal UEFA memuji benteng pertahanan Tottenham, dengan usaha Micky Van de Ven pada minit ke-68 untuk menghalang bola daripada membolosi gawang Tottenham disifatkan sebagai detik penting perlawanan.

Pengadil perlawanan ialah Felix Zwayer dari Jerman, yang dibantu oleh Robert Kempter dan Christian Dietz.

Suasana tegang turut menyelubungi perlawanan akhir itu dengan tujuh kad kuning dilayangkan - termasuk kepada Harry Maguire daripada Manchester United dan Yves Bissouma daripada Tottenham Hotspur.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita