Tottenham bakal menentang Roma di Stadium Negara SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP/Ariel Schalit
SINGAPURA: Bekas pengurus Tottenham, Jose Mourinho, akan berdepan dengan pasukan pimpinannya sekarang, AS Roma di Stadium Negara pada 26 Julai.
TEG Sport dan Left Field Live mengesahkan perlawanan bola sepak persahabatan tersebut dalam satu kenyataan media pada Rabu (3 Mei).
Perlawanan tersebut yang akan berlangsung pada pukul 7.30 malam, merupakan sebahagian daripada jelajah pramusim bagi kedua-dua Tottenham Hotspur dan AS Roma.
Spurs akan berdepan dengan pasukan Liga Perdana England (EPL) West Ham di Perth pada 18 Julai sebelum berangkat ke Singapura. Manakala, pasukan Liga Serie A, AS Roma akan berangkat ke Korea Selatan selepas perlawanannya di Singapura.
Selain beramah mesra dengan peminat mereka, pemain-pemain Tottenham akan turut sama dalam kegiatan-kegiatan termasuk menyokong usaha murni, menyertai program bola sepak akar umbi dan mengambil bahagian dalam budaya tempatan.
Sementara itu, Spurs akan mengadakan sesi latihan praperlawanan di Stadium negara pada 25 Julai pada pukul 6.00 petang, yang boleh dihadiri penyokong mereka.
Kali terakhir Tottenham mengunjungi Singapura adalah pada Julai 2019.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.