Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tiga pemain belia Real ditangkap kerana video seks gadis bawah umur

Anggaran Waktu Membaca:
Tiga pemain belia Real ditangkap kerana video seks gadis bawah umur

Salah seorang peminat Real Madrid di luar Estadio Santiago Bernabeu. (Gambar: Anuwar Ariffin/BERITA Mediacorp) 

Diterbitkan : 15 Sep 2023 10:50AM Dikemas Kini : 15 Sep 2023 10:52AM
MADRID: Polis Sepanyol menahan tiga pemain akademi belia Real Madrid, yang tidak dinamakan, kerana didakwa mengedarkan video seks membabitkan remaja bawah umur, kata seorang jurucakap polis.

Para pegawai menangkap pemain berusia antara 21 dengan 22 tahun itu di padang latihan Real Madrid berikutan aduan yang dibuat di Pulau Canary awal bulan ini oleh ibu kepada seorang gadis berusia 16 tahun yang muncul dalam video itu.

“Mereka ditahan kerana disyaki mengedar video dengan kandungan seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur,” kata polis.

Tiga pemain tersebut dibebaskan selepas mereka disoal siasat dan telefon bimbit mereka diperiksa.

Seorang lagi pemain remaja sedang disiasat berhubung insiden itu.

Dalam satu kenyataan, kelab itu berkata ia maklum bahawa seorang pemain dari pasukan kedua Real Madrid, Castilla dan tiga pemain dari Real Madrid C telah membuat kenyataan kepada polis, berhubung aduan mengenai edaran video peribadi melalui WhatsApp.

Tambahnya, ia akan mengambil langkah sewajarnya, apabila mempunyai butiran fakta.

Penangkapan itu dibuat ketika Sepanyol bergelut dengan perdebatan hangat mengenai amalan berbaur seksis yang dicetuskan oleh skandal melibatkan ciuman di bibir oleh bekas presiden persekutuan bola sepak Sepanyol Luis Rubiales terhadap pemenang Piala Dunia Jenni Hermoso.
Sumber : Reuters/LL/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan