Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tidak perlu panik, Amorim percaya 'keadaan akan bertambah baik' bagi Man United

Jurulatih Manchester United Ruben Amorim menegaskan 'keadaan akan bertambah baik' selepas Manchester United dikalahkan Crystal Palace 0-2 di padang sendiri dalam saingan Liga Perdana England (EPL) pada awal pagi Isnin (3 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
MANCHESTER: Jurulatih Manchester United Ruben Amorim menegaskan 'keadaan akan bertambah baik' selepas Manchester United dikalahkan Crystal Palace 0-2 di padang sendiri dalam saingan Liga Perdana England (EPL) pada awal pagi Isnin (3 Feb).

Pemain striker Crystal Palace Jean-Philippe Mateta menjaringkan dua gol dalam separuh masa kedua untuk membantu Palace mendahului United pada minit ke-64 dan minit ke-89, sekali gus membawa pulang tiga mata penuh dari Old Trafford.

Ia merupakan kali kelima United mengalami kekalahan dalam tujuh perlawanan liga di padang sendiri.

Sementara itu, ia adalah kekalahan kali ketujuh daripada 13 perlawanan liga di padang sendiri.

Malah keputusan itu paling teruk dalam kempen liga United sejak 1893 hingga 1894.

"Keputusan yang sangat teruk. Prestasi pasukan lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini," kata Amorim kepada Sky Sports.

"Dua gol yang sepatutnya boleh dielakkan, dan kecederaan dialami. Ia adalah musim yang sukar bagi mereka, namun bola sepak boleh berubah pada saat-saat tertentu.

"Saya akan bersedia untuk aksi seterusnya dan memandang ke hadapan. Perkara yang baik akan tiba," katanya lagi.

Dengan keputusan itu, Palace kini naik ke tangga ke-12 manakala The Red Devils kekal di kedudukan ke-13.

Dalam satu lagi perlawanan Arsenal membelasah juara bertahan Manchester City 5-1.

Ia sekali gus mengukuhkan kedudukan Arsenal untuk menyaingi Liverpool bagi merebut kejuaraan musim ini.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan