Skip to main content

Sukan

Tiada perbincangan kembali anjur F1 di Malaysia, dedah Petronas

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada perbincangan kembali anjur F1 di Malaysia, dedah Petronas

Gambar: ANDREJ ISAKOVIC / AFP

Diterbitkan : 01 Feb 2024 09:06AM
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd atau PETRONAS menafikan sebarang perbincangan untuk menganjurkan semula Formula 1 (F1) di Malaysia.

Syarikat itu dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan pada Rabu (31 Jan) menegaskan demikian menyusuli dakwaan portal media yang menyatakan bahawa sukan itu akan dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun 2026.

Malah, portal itu turut menyebut bahawa pihak PETRONAS merancang untuk mengembalikan sukan lumba eksklusif itu dalam satu 'townhall' atau taklimat yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif serta Presiden, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz pada Selasa (30 Jan).

Portal tersebut bagaimanapun melaporkan bahawa sumber daripada mesyuarat itu tidak mahu dikenali kerana tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kenyataan rasmi, lapor Astro AWANI.

Tahun lalu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan bahawa kos untuk menganjurkan Formula 1 adalah amat besar dan kerajaan masih belum dapat melakukannya.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita