Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tiada lagi had penonton bagi perlawanan SPL mulai 6 Mei

Had kapasiti bagi semua tempat perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) akan digugurkan mulai Jumaat (6 Mei) meskipun para penonton perlu lengkap divaksin untuk memasuki stadium.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada lagi had penonton bagi perlawanan SPL mulai 6 Mei

Tampines Rover menentang Young Lions dalam perlawanan Liga Perdana Singapura di Stadium Jalan Besar. (Gambar: Matthew Mohan)

SINGAPURA: Had kapasiti bagi semua tempat perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) akan digugurkan mulai Jumaat (6 Mei) meskipun para penonton perlu lengkap divaksin untuk memasuki stadium.

Demikian diumumkan SPL dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Khamis.

Ini bermakna setiap daripada lima tempat perlawanan SPL untuk musim ini akan dapat membenarkan kemasukan penonton sehingga memenuhi kapasiti maksimum masing-masing.

Stadium Jalan Besar boleh membenarkan kemasukan 6,000 orang manakala Hab Tampines Kita boleh menampung 5,000 penonton.

Sementara itu, stadium-stadium di Toa Payoh, Hougang dan Jurong East masing-masing boleh menampung sehingga 3,000 penonton.

Perlawanan pertama di bawah peraturan baru itu dijadual berlangsung pada Jumaat sebelah malam, menyaksikan Hougang United berentap dengan Lion City Sailors.

Berikutan pelonggaran sekatan COVID-19, penjualan makanan dan minuman juga akan dibenarkan di tempat perlawanan, menurut SPL dan FAS.

Memandangkan langkah-langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi masih dilaksanakan bagi acara yang mempunyai lebih 500 hadirin, para penonton mesti lengkap divaksin untuk memasuki premis perlawanan, tekan SPL dan FAS.

"Pemeriksaan akan dijalankan melalui aplikasi TraceTogether. Atas sebab keselamatan, FAS mensyaratkan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah, tidak kira status vaksinasi mereka, ditemani oleh seorang dewasa yang lengkap divaksin untuk dibenarkan masuk," tambahnya.

Para penonton tertakluk kepada protokol pemeriksaan biasa termasuk pemeriksaan beg.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan