Thailand naik 12 anak tangga ke 101 ranking FIFA; kekal pasukan terunggul di Asia Tenggara
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: FA Thailand/Facebook
BANGKOK: Pasukan bola sepak lelaki Thailand kini berada di kedudukan 101 dalam senarai ranking dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berbanding di tempat ke 113 sebelum ini.
Thailand mendaki 12 anak tangga untuk mengekalkan ranking teratas FIFA di Asia Tenggara diikuti Vietnam, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura.
Persatuan Bola Sepak (FA) Thailand berkata War Elephants berjaya memperbaiki ranking mereka susulan prestasi yang baik dalam kejohanan Piala Asia 2023 di Doha baru-baru ini.
Di bawah kepimpinan jurulatih Masatada Ishii, Thailand membuat kejutan apabila berjaya melangkah ke peringkat kalah mati.
Thailand menunjukkan momentum yang positif dengan memperoleh kemenangan 2-0 ke atas Kyrgyzstan, seri tanpa jaringan ketika bertemu Oman dan Arab Saudi untuk mara ke peringkat seterusnya.
Namun, pasukan itu tersingkir selepas kecundang 1-2 di tangan Uzbekistan pada pusingan kalah mati.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.