Thailand mara ke peringkat akhir Piala AFF; tundukkan M'sia 3-0
Juara bertahan, Thailand berjaya ke peringkat akhir
Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Mitsubishi Electric setelah mengalahkan Malaysia 3-0 dalam perlawanan kedua separuh akhir di Stadium Thammasat Selasa (10 Jan) malam.

(Gambar: AFP)
SINGAPURA: Juara bertahan, Thailand berjaya ke peringkat akhir
Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Mitsubishi Electric setelah mengalahkan Malaysia 3-0 dalam perlawanan kedua separuh akhir di Stadium Thammasat Selasa (10 Jan) malam.
Kemenangan di laman sendiri itu membolehkan skuad bimbingan Alexandre Polking mara menerusi agregat 3-1 sekali gus menempah pertemuan dengan Vietnam bagi perebutan gelaran 'Raja ASEAN'.
Semasa menjadi tuan rumah perlawanan pertama separuh akhir pada Sabtu lalu, Malaysia mengalahkan Thailand 1-kosong.
Thailand akan bertemu Vietnam dalam perlawanan akhir pada 13 dan Januari.
Ia merupakan kali pertama kedua-dua pasukan itu akan beraksi bersama sejak 2008, apabila Vietnam meraih kemenangan ke atas Thailand dengan agregat 3-2 sekali gus menjulang trofi bagi pertandingan tersebut.
MeWatch menyiarkan secara langsung perlawanan-perlawanan Piala AFF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.